Saturday, March 28, 2009

Mengharapkan Tertegaknya Organisasi Dengan Kekuatan Tiang-tiang Iman dan Taqwa, Ukhuwah dan Ihsan...




(Gambar 1: Guru-guru yang sentiasa berdoa untuk kecemerlangan sekolah)
(Gambar 2: Bekerja dengan menyemarakkan ikatan kekeluargaan merupakan terapi yang baik untuk kejayaan organisasi)
Strategi Menjadi Organisasi Cemerlang:
1-Sebuah organisasi yang cemerlang tertegak di atas binaan iman dan taqwa. Iman dan taqwa harus meresap bukan hanya di dalam jiwa pemimpin tetapi juga orang yang dipimpin. Perjalanan akan menjadi sukar sekiranya tiada keseimbangan iman dan taqwa di dalam hati kedua-dua belah pihak. Apabila iman dan taqwa sentiasa meresapi, segala pekerjaan yang dilakukan untuk memajukan organisasi akan di buat berdasarkan objektif mencari keredhaan Allah bukan keredhaan selainnya, umpamanya keredhaan manusia. Apabila objektifnya jelas maka masing-masing pekerja sama ada pemimpin atau yang dipimpin akan berasa tenteram melakukannya kerana dia akan lebih cautious untuk melakukan yang terbaik kerana dia tahu yang menilai bukan manusia. Sekiranya tiada iman dan taqwa, objektif bekerja selalu disandarkan untuk mencari keredhaan selainNya maka jiwa tidak akan tenteram, mungkin timbul perasaan hasad dan dengki sesama rakan sekerja, tamak haloba kepada ganjaran material, memburu pangkat dan gelaran, membina impian di atas kesusahan orang lain dan sebagainya...
2-Sebuah organisasi yang cemerlang tertegak di atas binaan ukhuwah yang sejati. Menegakkan organisasi melalui ikatan ukhuwah yang sejati dapat membuka jalan yang lebih luas mencipta kecemerlangan. Para pekerja tidak bekerja untuk memenuhi hajat dan keperluannya sendiri tetapi mementingkan dan memikirkan juga maslahah dan kepentingan rakan sekerjanya. Jika dia ingin senang, dia sepatutnya mengharapkan saudara sekerjanya juga senang. Jika dia mengharapkan pendapatan yang lumayan hasil pekerjaannya di organisasi itu, dia juga harus mengajak saudara pekerjanya berusaha memperolehi pendapatan yang lumayan. Menginginkan yang terbaik untuk saudaranya sama seperti menginginkan yang terbaik untuk dirinya sendiri adalah merupakan konsep ukhuwah yang tulin. Apabila ini berlaku di dalam organisasi, maka para pekerja dapat membentuk "team work" yang sangat mantap dan hasilnya wujudlah organisasi yang cemerlang yang bersumberkan fikiran dan idea-idea yang sejahtera yang lahir kerana ikatan ukhuwah yang kukuh.
3-Sebuah organisasi yang cemerlang tertegak di atas binaan ihsan yang mendalam di dalam jiwa setiap individu pekerjanya. Konsep ihsan ini perlu terterap di dalam diri setiap pekerja demi melahirkan satu hasil kerja yang berkualiti tinggi. Apabila pekerja tidak melihat boss memantau pekerjaannya, pekerja tetap tekun menjalankan urusan kerjanya mengikut spesifikasi dan tahap kualiti yang telah ditetapkan kerana di dalam diri telah tertanam konsep ihsan...sentiasa terasa Boss Yang Maha Agung sentiasa memerhatikan pekerjaannya. Allah memerhatikan usaha yang sedang dilakukan itu.
Wasalam...