Saturday, March 28, 2009

Sekolah Bestari: Membestarikan Guru dan Murid...






(Gambar 1: Pelajar-pelajar SMKAP)
(Gambar 2: Guru-guru SMKAP)
(Gambar 3: Label Makmal Bestari SMK Sg Pusu, Gombak-Sekolah Bestari Perdana-Diambil semasa lawatan ke sekolah tersebut)
Tahniah sekolahku (SMK Ampang Pecah) amnya dan guru-guru yang bekerja keras melaksanakannya kerana telah di beri taraf "Sekolah Bestari" dan jutaan terima kasih kepada pihak yang mengiktiraf (Kementerian Pelajaran-BTP dan MDeC).
Aku melihat pembestarian ini sebagai tambahan kepada nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di sekolah melalui KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) kerana dengan pembestarian ini guru dan pelajar dapat menambahkan produktiviti ilmu, meningkatkan kualiti diri dan memperluaskan komunikasi berkesan dan semuanya demi melahirkan modal insan yang cemerlang seterusnya mencapai Pendidikan Berkualiti.
Jadi, semua warga sekolah perlu memanfaatkan instrumen BESTARI ini semaksima dan sebaik mungkin. BEST OF LUCK...