Friday, September 3, 2010

Kenapa Perlu Melurus dan Merapatkan Saf

1- Meluruskan saf adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat.

1-1 Hadisth Riwayat Muslim menerangkan saf yang paling afdal ialah saf yang rapat dan lurus
1.2 Hadith Riwayat Muslim juga menyatakan "Ratakanlah olehmu saf-saf itu dan jangan kamu berselisih
(sebahagian ke hadapan dan sebahagian ke belakang) dan jangan juga ada hati-hati yang berselisih.

1.3 Abu Daud juga ada menyatakan di dalam riwayat hadithnya " Janganlah engkau semua membiarkan saf
kamu berselisih dan hati kamu berselisih.

2- Saf patut dirapatkan sepanjang solat dikerjakan. Jangan waktu awal sahaja saf rapat dan lurus tetapi diakhir solat menjadi renggang dan tidak lurus.

3- Tiada langkah yang paling dekat selain daripada langkah untuk merapatkan saf.

4- Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan sebahagian antara kamu.

5- Kemenangan di dalam perang adalah hasil daripada latihan yang diperolehi di dalam solat umpamanya meluruskan dan merapatkan saf.

6- Semasa di dalam solat ikutilah pergerakan imam dengan betul dan jangan ketinggalan begitu jauh perbuatan fi'li dan qauli. Apabila imam bertakbiratulihram kamupun bertakbiratulihram, apabila imam membaca maka kamu diam dan mendengarkan bacaannya, apabila imam rukuk kamu hendaklah rukuk, apabila imam sujud hendaklah kamu sujud. Latihan ini dapat mendisiplinkan umat islam semasa melakukan aktiviti lain pula.