Thursday, September 23, 2010

Pagi Tadi...

Pagi tadi...
Semasa saya bersedia ke tempat kerja saya terdengar ceramah dari Ustaz Zahazan tentang orang yang mengambil amanah tetapi tidak menjalankan amanah itu dengan sempurna akan ditanya Allah nanti tentang amanahnya. Peristiwa itu digambarkan oleh Allah semasa Nabi Muhammad melakukan israk dan mikraj. Baginda terlihat orang yang memikul kayu api dan kayu api itu digunakan untuk membakar dirinya sendiri akibat tidak menjalankan amanah sebagaimana yang diamanahkan.
Pagi tadi...
Semasa saya dalam perjalanan ke sekolah saya mendengar cd lagu Maher Zain Track ke-10 (tak silap saya) tentang dia mengajak kita membuka hati kita untuk melihat bertapa kebesaran Allah dan Maha Agung ciptaanNya seperti, matahari, bulan, bintang dan segala planet yang mengorbit mengikut track perjalanan masing-masing...bertapa agung ciptaan Allah.
Pagi tadi...
Semasa saya di dalam office seorang salesman datang kepada saya menjual buku Bahasa Inggeris yang disusun dalam bentuk volume yang dikeluarkan 2 bulan sekali. Bukan saya hendak berceritakan berkenaan bukunya yang informatif itu tetapi berkenaan salesmannya itu seorang bukan beragama Islam memuji Nabi Muhammad dengan 10 ciri yang patut diikuti oleh semua orang bukan sahaja orang Islam kerana ciri-ciri yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W itu sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Dari dia saya dapat berkongsi ilmu.