Wednesday, January 5, 2011

Guru kita...

Alat ini digunakan untuk membersihkan dan mengasingkan padi daripada sampah sarap yang terkumpul semasa padi dituai di sawah. Cara manual yang digunakan oleh petani di zaman dahulu. Sekarang sudah ada mesin penuai yang siap mengasingkan kekotoran tersebut.

Saya sebenarnya nak menulis tentang pemerhatian saya terhadap kerjaya yang saya ceburi ini dan bukan kerjaya petani seperti di dalam intro di atas. Apabila saya bertukar-tukar pendapat dengan seorang kawan dari New Zealand; beliau mengatakan guru dipandang tinggi di New Zealand dan gaji guru di sana sangat tinggi dan kerjaya ini sangat high profil. Dengan rakan dari Australia pula kerjaya guru memerlukan sekurang-kurangnya master degree walaupun guru tersebut berada di primary school. Semasa saya mendengar taklimat dari wakil sebuah sekolah di Singapura; guru-guru mereka diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti master degree atau PHD degree dengan cara membawa masuk pensyarah dari Universiti di seluruh dunia semasa cuti sekolah dan mengajar guru-guru tersebut waktu cuti sekolah. Masa cuti bagi guru-guru tersebut dipenuhi dengan program menambah khazanah ilmu di dalam diri mereka. Tujuannya supaya guru-guru lebih berfikiran luas kerana yang mereka hendak didik itu adalah "future leaders", menurut pandangan mereka.

Semua input dari rakan-rakan luar saya itu membuat saya teruja sekiranya perkara yang sama dapat berlaku di dalam kalangan guru kita. Saya masih ingat semasa saya belajar di peringkat master, ada rakan-rakan yang terpaksa bergaduh dengan pengetua kerana hendak pergi menuntut ilmu pada hari Sabtu. Saya pernah menasihatkan Penolong Kanan saya supaya memberi kelonggaran kepada penuntut-penuntut ilmu kerana darjat orang menuntut ilmu ini tinggi di sisi Allah. Di sisi Allah dia tinggi apalagi di sisi kita. Sudah bertahun NUTP memperjuangkan supaya tangga gaji guru yang mempunyai master di naikkan tetapi hingga sekarang, cadangan tinggal cadangan. Bukan saya bermaksud mengatakan ilmu itu boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi kita nak menggambarkan bertapa pentingnya ilmu itu dan motivasi perlu diberikan dalam apa jua bentuk bagi menggalakkan guru-guru mencintai ilmu pengetahuan. Di samping itu orang yang menuntut ilmu ini tergolong dalam fisabilillah dan berhak mendapat wang zakat menggambarkan bertapa sukarnya seseorang yang menuntut ilmu dan bertapa mulianya juga menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. Duduk dalam majlis ilmu juga digambarkan oleh Rasulullah sebagai duduk di dalam salah satu taman di antara taman-taman syurga, mengapa kita tidak berusaha mengambil peluang itu atau sekurang-kurangnya memberi laluan mudah kepada orang-orang yang hendak menuntut ilmu.

Saya tak pasti kalau pandangan saya ini tepat tetapi kalau diperhatikan guru-guru kita ini hanya ramai mengupgradekan dari segi kenderaan, rumah kediaman dan pakaian. Sistem yang ada membentuk mereka jadi demikian. Tak salah mengupgrade perkara-perkara tersebut tetapi ilmu pengetahuan juga perlu diberi keutamaan untuk diupgrade. Pihak yang mempunyai authority pula perlu memikirkan bagaimana caranya membantu guru-guru ini mengupgradekan ilmu pengetahuan mereka. Mungkin salah satunya memberi recognition kepada guru-guru yang mempunyai master dan PHD tanpa membiarkan ilmu yang ada itu tidak digunakan. Selain itu menyediakan ruang mereka mencurahkan kembali ilmu yang ada, contohnya syarat sekolah kluster ialah guru-gurunya mesti ada master atau PHD. Contoh lain, syarat menjadi Pengetua mestilah mempunyai PHD dan sebagainya. Wallahualam...sekadar pandangan dan tidak berniat menyentuh mana-mana peribadi.