Thursday, February 24, 2011

Kembara Di Bumi Allah (15.02.2011-25.02.2011)


Selama sepuluh hari berada di Seoul memberi saya peluang meneliti banyak perkara dalam kehidupan ini terutama tentang diri sendiri dan keluarga. Di kota Seoul sendiri kemajuan fizikalnya sangat mengkagumkan. Kalau tahun lepas saya mengkagumi negara Singapura kerana kemajuan fizikalnya, Seoul adalah the expension of Singapore. Seoul jauh lebih besar dari Singapura. Di atas jalanrayanya saya lihat tiada kereta yang kecil dan buruk. Semua kereta adalah besar dan berkilat. Seperti kata kawan saya dari Indonesia, "mobil di negara saya banyak tapi semuanya jelek-jelek, tidak seperti di sini..." saya akui semuanya itu benar belaka. Tapi saya dapati cost of living di kota Seoul sangat tinggi. Tukaran wang dengan RM ialah 1000won = Rm3.30 tetapi jarang barang yang berharga 1000won ke bawah,semuanya 1000won ke atas. bayangkan kalau sekali makan Pilaf Kebab dan ais kerim di outlet Turki saya terpaksa membayar sebanyak 10000won yang bersamaan dengan RM33.00. Kalau di Malaysia Rm33.00 itu saya boleh makan di kantin sekolah untuk 5 hari itupun dah boleh kenyang 24 jam.
Kalau mengikut sejarah, kerajaan Malaysia sewaktu Allahyarham Tun Razak menjadi perdana menteri, pernah menghadiahkan sebanyak RM33,000.00 kepada komuniti Islam Korea untuk membina masjid pada tahun 1965. Walau bagaimanapun hanya pada tahun 1976, masjid tersebut baru dapat disiapkan kerana pada waktu tersebut berlak fenomena ekonomi inflasi yang sangat teruk. Pada masa sekarang ini lebih kurang 100, 000 orang penduduk Korea adalah beragama Islam. Di Seoul sendiri terdapat daerah yang dinamakan Itaewon dimana terdapat ramai penduduknya yang beragama Islam dari pelbagai rumpun bangsa seperti Turki, Pakistan, dan orang Korea sendiri. Masjidpun ada dibina di sana.
Semasa saya berada di sini, saya dan pelajar saya banyak makan di bilik kerana kami membawa banyak makanan dari Malaysia ataupun sekali-sekala kami makan di restoran halal food iaitu restoran Turki. Ramai juga orang Korea bertanya kepada kami mengapa kami tidak join mereka makan di restoran mereka. Kami perlu menerangkan dengan jelas dan perlu pula mengelakkan kekeliruan. Ada pula yang bertanya tentang berapa kali saya patut sembahyang dalam sehari, dan bila saya menjawab 5 kali sehari mereka menjawab mereka tak sangup berbuat begitu. Perkara inipun perlu saya jawab dengan teliti supaya mereka tidak keliru. Banyak lagi perkara yang mereka tanya dari saya, tudung, lelaki kahwin 4, konflik kaum di Malaysia, rambut wanita dan pelbagai persoalan lagi. Banyak ruang yang perlu diisi di Kota Seoul ini. Kalau dulu ramai pedagang Arab yang pergi ke negara-negara lain sambil berdakwah sedangkan masa kini pekerjaan tersebut sudah tidak berlaku lagi. Jarang businessman sekarang membuat bisnes sambil menyebarkan agama yang hak ini. Jadi saya rasa platform terbaik ialah melalui platform e-learning. People can be access anywhere and anytime.
Matapun sudah meminta haknya...saya mengundur diri dari ruang blog untuk merehatkan fizikal yang berkerja semenjak pagi tadi, Amin dan wassalam.