Friday, January 16, 2009

Amanah dan Ibadah...Surat Buat Pengetua


Assalamualaikum wbt;
Kepada pengetua yang dikasihi.

Agak sukar juga saya hendak membuat keputusan memandangkan jawatan adalah merupakan satu amanah yang berat yang harus dipikul dan kelak saya akan dipersoalkan mengenainya.

Namun di atas dasar sesuatu pekerjaan yang baik itu adalah merupakan ibadah dan ini merupakan platform yang terbaik untuk saya mencurahkan sedikit tenaga melakukannya, saya momohon ke hadrat Allah sekiranya pilihan saya ini baik untuk saya pada agama saya, dunia saya dan kesudahan urusan saya buat masa kini dan masa akan datang maka saya bermohon kepada Allah agar menentukan untuk saya dan mempermudahkan untuk saya. Dan sekiranya ia tidak baik untuk saya pada agama saya, dunia saya dan kesudahan urusan saya buat masa kini dan masa akan datang maka saya bermohon agar Allah akan mengelakkannya dari saya.

Semoga dengan pilihan yang saya kemukakan ini Allah akan menentukan kebaikan untuk saya di mana jua saya berada sesungguhnya Allah sahaja yang maha Berkuasa di atas segala sesuatu dan saya tidak mengetahui barang sedikitpun mengenainya.

Akhir sekali, walaupun pada dasarnya saya paling senior dalam hal ini, namun sekiranya pada pandangan pengetua ada yang lebih layak dari sudut ilmu, pengalaman dan kebijaksanaannya memegang jawatan ini, dengan rela dan redha saya menentukan pilihan itu kepada pengetua.

TERIMA KASIH.
(16/01/2009)