Wednesday, January 28, 2009

Majlis Bercukur Rambut Cucuku..Nur Auni

Soalan:

Salam Ustaz, Ramai di kalangan masyarakat melayu mengamalkan membuat majlis cukur rambut untuk bayi yang baru lahir... Adakah ini adat turun temurun nenek moyang kita ataupun sesuatu yang diamalkan dari zaman Nabi Muhammad SAW...(maaf if the question sound kinda stupid...heh) My question is how crucial is perayaan ini....adakah cukup skadar membuat doa selamat sahaja....tak payahlah nak adakan kumpulan marhaban memotong sedikit rambut bayi itu lalu ditempatkan di dalam sebiji kelapa....

Jawapan:

Mencukur rambut bayi yg baru lahir mmg dianjurkan oleh agama. Sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh ia dilahirkan tapi awal atau lewat pun, dibolehkan. Setelah bayi tu dicukurkan disunatkan keseluruhan rambut bayi tu ditimbang, dan beratnya itu dinilaikan ikut nilai emas i.e. kalau berat rambut bayi tu 10 gm = kadar emas 10 gmlah, lalu disedekahkan wang tu kepada sesiapa yg memerlukan. selain itu disunatkan jugak bayi tu dikhitankan (kalau lelaki), diakikah, diberi nama dan suapkan manisan kemulutnya i.e. kurma, atau madu. Kesemua tu boleh dibuat tanpa much fanfare i.e. tak yah majlis apa-apa, takyah panggil marhaban dll. boleh buat sendiri, atau mintak tolong orang. kalau di singapura, boleh hubungi masjid Darul Ghufran yg menyediakan khidmat sedemikian tapi kalau nak buat majlis tu, buatlah atas niat memberi makan saudara mara sebagia tanda kesyukuran bagi kelahiran bayi dan juga memupuk silturrahmi cuma lakukanlah ia secara sederhana sahaja dan jauh dari amalan-amalan yg tak dianjurkan oleh agama. Salam