Thursday, January 1, 2009

Dari mana...di mana...hendak ke mana?



Dari mana...di mana...hendak ke mana? Dari mana...di mana...hendak ke mana? dari mana...di mana...hendak ke mana?...
Di jalanan ini marilah kita duduk sebentar merenung kembali persoalan di atas...mari kita semak kembali dari mana asal kita?...mengapa kita mulakan perjalanan ini...kita berada di mana sekarang ini?...dan kita hendak ke mana sebenarnya? Kita kena jelas jawapan kepada setiap persoalan itu supaya yang pertamanya kita tahu niat dan tujuan kita memulakan perjalanan ini yang keduanya agar kita tidak sesat di dalam perjalanan ini dan yang paling penting sekali supaya kita sampai dalam keadaan selamat ke tempat yang dituju...
Sia-sia sahaja jika kita tidak tahu niat dan tujuan kita memulakan perjalanan ini, kita akan sesat bila-bila sahaja jika kita tidak tahu akan posisi kita saat ini...mungkin sahaja ada bahaya menanti di hadapan, mungkin sahaja ada musuh yang mengekori kita...berjalanlah tapi penuh hati-hati dan strategi. Apakah destinasi terakhir yang kita tuju...perjalanan kita ini bukan kebetulan...kita perlu merancang dengan rapi. Sekiranya sukar tanyalah orang lain sebagai panduan...rujuklah peta supaya lebih jelas atau tak salah kalau kita menggunakan teknologi GPRS kerana kita manusia memang lemah dan memerlukan segala bantuan dan pertolongan itu. Jika sudah jelas ayuh kita mulakan semula perjalanan ini....