Tuesday, November 3, 2009

Mengelakkan Penyakit Akibat dari Pandangan Mata Jahat

Saya sempat membuat sedikit catatan dari siaran radio IKIM (Rancangan Tafsir Al-Quran; 3 November 2009) mengenai tajuk di atas yang dikemukakan oleh Ustadz Hj Zahazan bin Mohamad.
Untuk mengelakkan penyakit akibat dari perbuatan sihir ini ada sepuluh langkah:
1- Jadikan Allah sebagai pelindung mutlak, jangan mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung kita. Sekiranya kita pergi dan percaya kepada bomoh-bomoh maka solat kita tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari (nauzubillahi minzalik).
2- Bertaqwalah kepada Allah. Jagalah ketetapanNya. Seperti yang disebutkan di dalam salah sebuah Hadith 40 bermaksud "Jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kamu"
3- Bersabarlah dengan orang yang dengki kepada kita.
4- Tawakkallah kepada Allah.
5- Tidak takut kepada orang yang dengki kepada kita sebaliknya berbuat baiklah kepadanya.
6- Ikhlaskan semua perbuatan hanya kerana Allah.
7- Taubatlah kepada Allah kerana setiap musibah yang menimpa kita itu adalah hasil daripada perbuatan diri kita sendiri juga dan Allah menurunkan musibah berserta keampunan yang besar kepada dosa-dosa yang telah kita lakukan.
8- Perbanyakkan sedekah dan berbuat baik kepada orang lain-hasilnya sungguh manakjubkan.
9- Memadamkan api orang yang dengki kepada kita dengan berbuat baik kepadanya.
10- Memurnikan tauhid iaitu ikhlas kepada Allah, insyaAllah Allah akan bebaskan kita dari pelbagai penyakit.

Ada orang berkata...aku telah banyak memohon kepada Allah, banyak bertahajjud tetapi Allah tidak menolong aku...Kata-kata ini sangat merbahaya kepada keimanan seseorang.

Allah ada berfirman yang maksudnya akan aku makbulkan doa seseorang melainkan doa yang 'ajal iaitu doa yang tergesa-gesa. Doa pasti akan dimakbulkan oleh Allah biarpun mengambil masa yang lama kerana Allah sahaja yang Maha mengetahui bila sepatutnya doa itu dimakbulkan demi kebaikan kepada seseorang manusia itu juga. Wallahualam.