Monday, November 23, 2009

MENTALITI KOPI JANDA

Pihak kerajaan menyedari bahawa tahap kesedaran sivik rakyat di negara ini amat rendah sehinggakan Kementerian Pelajaran memperkenalkan semula matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang pernah diajar suatu masa di zaman dahulu. Lihat sahaja gambar disebelah. Disebabkan kesedaran sivik yang rendah atau tidak ada langsung kesedaran sivik di kalangan masyarakat kita, maka berlakulah apa yang dilihat di dalam gambar di sebelah. Mentaliti mereka cukup rendah sehingga bukan sahaja seperti contoh yang kita lihat di dalam gambar di atas malah banyak lagi kerosakan-kerosakan harta awam yang dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai kesedaran sivik. Walaupun negara kita telah 52 tahun mencapai kemerdekaan namun masyarakat majoriti yang terhasil adalah mereka yang mempunyai mentaliti seperti pengeluar kopi janda, menarik perhatian orang untuk membeli barangannya dengan cara murahan. Sejauh mana kita boleh pergi sekiranya kita masih mempunyai mentaliti "kopi janda"...