Monday, March 29, 2010

Sahabatku Buku...(10)

Try to catch up as I missed them alot during my childhood.

Sahabatku Buku...(9)

I hope I can give this book to my friend who need it so much

Sahabatku Buku...(8)

Membaca untuk mendalami maksud "Nota Fikir Untuk Zikir"

Sahabatku Buku...(8)

Allah banyak menawarkan perniagaan yang menguntungkan kepada orang-orang yang beriman...

Sahabatku Buku...(7)

Allah banyak menawarkan perniagaan yang mendatangkan keuntungan kepada kita...

Sahabatku Buku...(6)

Memperdalami ilmu tentang saudaraku di Palestine untuk menambah syuur jihad fi sabilillah, insyaAllah.

Sahabatku Buku...(5)

Buku Tajwid Al-Quran Resm 'Uthmani untuk mempelajari ilmu tajwid.

Sahabatku Buku...(4)

Buku ini saya beli untuk memperkemaskan lagi ibadah solat. Buku ditulis oleh Ustaz Zaharuddin bin Abd Rahman. Ilustrasi yang cantik.

Sahabatku Buku...(3)


Buku Hilal Asyraf menyingkap pengalaman Kembara Hamba Mencari cahaya

Sunday, March 28, 2010

Sahabatku Buku...(2)



Langit Ilahi...Tuhan Tidak Lupakan Kita...
"Walau diri seringkali alpa...
Walau dibeban segunung dosa...
Walau jauh dari rahmat-Nya..."

Penulis buku ini ialah seorang sahabat fillah iaitu adik Hilal Asyraf. Buku ini mengajak kita bermuhasabah, berkongsi, berfikir dan meneliti kehidupan ini.

Sahabatku Buku...(1)

Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusan saya dan adik-adik tersayang fillah (Ijlal, Ijmal dan Humaira') ke PWTC untuk meraikan pesta yang diadakan setahun sekali iaitulah PESTA BUKU. Kami bertolak dari Tanjung Malim dalam lebih kurang pukul 10.30 pagi. Semasa memulakan perjalanan saya memberi klu kepada diri saya dan juga adik-adik dengan pertanyaan sama ada masing-masing sudah mempunyai perancangan atau belum apakah buku-buku yang hendak dibeli? Pertanyaan saya adalah bertujuan mengatur masa dengan sebaik mungkin dan dapat mengelakkan kesesakan semasa di sana. Alhamdulillah masing-masing telah bersedia. Dalam perjalanan kami bertukar-tukar idea dan pendapat dan kadang-kala masing-masing mendiamkan diri, mungkin berfikir ataupun menikmati keindahan highway.
Dalam jam 11.20 pagi kami sampai di perkarangan PWTC. Kenderaan agak banyak menunggu untuk parking di Hentian Putra. Saya meminta adik-adik itu berdoa supaya Allah permudahkan kami mendapat tempat parking. Alhamdulillah, segalanya Allah permudahkan. Setelah parking di Level 1A kami melalui terowong ke PWTC. Seperti dijangka memang pengunjung terlalu ramai. Walaupun hanya 2 jam berada di sana, saya puas hati kerana semua buku-buku yang saya rancang dapat saya beli, Alhamdulillah.

Buku Syamail Muhammad S.A.W adalah salah satu karya terbaik mengenai keperibadian dan akhlak Rasulullah s.a.w di tulis oleh Imam al-Tirmizi. Karya ini singkat namun lengkap sehingga setiap orang yang membacanya seakan-akan menyaksikan langsung keindahan dan keagungan peribadi Rasulullah yang Mulia." (Syeikh al_Qari dalam Jam'ul-wasa'il)

Thursday, March 25, 2010

Indikator Penting...

(Humblenya dahan buah mata kucingni...)

Pernah tak kita berkomunikasi dengan Allah melalui perbuatan berdoa dan kita berdoa sehingga mengalirkan airmata? ada tak perbezaan apabila kita berdoa tetapi tidak mengalirkan airmata. Saya secara peribadi merasa puas dan nikmat bila berdoa beserta dengan airmata. Cuma saya terfikir tentang hikmah fenomena menangis ini. Di bawah ini saya sertakan sedikit mengenainya.

Bayi menangis sebagai indikator dia adalah normal dan dari sudut spiritual bayi menangis kerana keluar dari pakaian yang mulia di alam perut ibunya sebagaimana Nabi Adam bertaubat ketika di keluarkan dari SYURGA.

Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).
Dalam satu hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah.
Menangislah kerana Allah.
Pelepah tamar dan buraq pun menangis. Pelepah tamar menangis kerana Nabi tidak lagi menggunakan sebagai mimbar masjid, akhirnya dimasukkan ke dalam syurga. Bura’ menangis kerana takut nabi tak pilih dia jadi tunggangan.

Pelepah tamar menangis
Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru. Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.
Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia menangis. Pelepah tamar tersebut mengatakania menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.Rasulullah saw kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia.
Buraq menangis
Semasa peristiwa Israk Mikraj, Allah swt menyuruh Malaikat Jibrail memilih seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Baginda naik ke langit. Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di Jannatu Adnin (taman Syurga) dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Jibril bertanya kepada Allah, buraq manakah yang harus dipilih kerana semuanya elok, maka Allah menyuruhnya memilih Buraq yang menangis.
Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq? “Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.” Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Para Nabi dan umatnya juga menangis
Nabi Adam adalah nabi yang paling banyak menangis, beratus-ratus tahun lamanya setelah dikeluarkan dari syurga. Nabi Yaakob juga menangis selama 80 tahun setelah kehilangan anaknya, Nabi Yusuf. Selain itu, umat Nabi Muhammad juga menangi seperti para wali iaitu Hassan Al-Basri dan Ali Zainal Abidin, anak kepada Sayyidina Hussin.

Wednesday, March 24, 2010

Mencari Ikhlas...

'Sebaik-baiknya amal adalah yang dilakukan secara terus menerus meskipun hanya sedikit (HR. Bukhari & Muslim).

Kadang-kadang hati ini merasa sangat rendah kerana amal yang sedikit. Tapi sebenarnya yang Allah lihat adalah pada istiqamahnya kita dalam beramal dan pada keihklasan kita beramal itu tetapi bukan pada banyaknya amal itu.

Friday, March 19, 2010

Mudah Tetapi Berkesan...


Salah satu kriteria penting seorang da'e adalah, berbicaralah dengan setiap orang yang kita temui. Paling kurangpun kita bertaaruf dengan bertanyakan perkara yang paling penting bagi diri seseorang iaitu namanya. Banyak kajian telah dijalankan mengenai nama seseorang. Ia memberikan kesan yang sangat mendalam apabila kita dapat mengingat nama seseorang dan sering pula memanggilnya dengan nama yang disukainya itu.

Bayangkan sahaja nama yang sering diulang-ulang itu adalah nama kita atau kawan yang telah lama tidak kita temui tiba-tiba dia memanggil nama kita semasa kita sedang berada dikhalayak ramai. Apa perasaan kita waktu itu? Saya sendiri pernah mengalami perkara sedemikian dan saya akui kesannya adalah sangat mendalam. Semasa saya belajar di universiti dulu, pensyarah sering memanggil nama saya semasa di dalam kelas, walaupun subjek itu sukar namun saya telah memperolehi pencapaian yang baik dalam subjek tersebut, Alhamdulillah.
Maksudnya ialah mengenali nama seseorang itu adalah mekanisme yang mudah tetapi praktikal untuk kita menarik mad'u kita. Saya pernah, di sapa oleh anak murid saya yang sekolahnya telah lama saya tinggalkan dan sayapun sudah tidak mengenalinya lagi tetapi apabila dia tiba-tiba memanggil nama saya semasa saya membeli sayur di sebuah pasar tani, saya berasa begitu teruja.

Jadi saranan berbicara dengan sesiapa sahaja orang yang kita temui dalam adab-adab yang tertentu dan berusaha mengetahui namanya secara ikhlas dan kerana Allah adalah merupakan satu strategi penting yang perlu kita praktikkan supaya dapat menyentuh hati-hati mereka, insyaAllah.

Thursday, March 18, 2010

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. Berkata burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini'. Berkata malaikat itu, 'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tuesday, March 16, 2010

Tanda-tanda Kebesaran Allah

Saya memetik berita mengenai penemuan ini dari yahoo news.Berita mengenai penemuan makhluk seperti seekor udang, 600 kaki di dalam ais di kawasan Antartika yang membuatkan saintis NASA begitu teruja dengan penemuan ini. Berikut adalah sebahagian daripada beritanya.

WASHINGTON – In a surprising discovery about where higher life can thrive, scientists for the first time found a shrimp-like creature and a jellyfish frolicking beneath a massive Antarctic ice sheet.
Six hundred feet below the ice where no light shines, scientists had figured nothing much more than a few microbes could exist.
That's why a NASA team was surprised when they lowered a video camera to get the first long look at the underbelly of an ice sheet in Antarctica. A curious shrimp-like creature came swimming by and then parked itself on the camera's cable. Scientists also pulled up a tentacle they believe came from a foot-long jellyfish.
"We were operating on the presumption that nothing's there," said NASA ice scientist Robert Bindschadler, who will be presenting the initial findings and a video at an American Geophysical Union meeting Wednesday. "It was a shrimp you'd enjoy having on your plate."
"We were just gaga over it," he said of the 3-inch-long, orange critter starring in their two-minute video. Technically, it's not a shrimp. It's a Lyssianasid amphipod, which is distantly related to shrimp.

Lalu saya teringat kepada Surah Ar-Rahman yang boleh diteliti sebagai menerangkan kejadian ini. Dari terjemahan Surah Ar-Rahman, menggambarkan bahawa setiap kejadian itu adalah di bawah kekuasaan Allah dan manusia hendaklah melihat setiap kejadian Allah itu sebagai tanda-tanda kebesaranNya dan janganlah mendustakan nikmat yang telah Allah kurniakan.

Terjemahan dari Surah Ar-Rahman (Ayat 19 - 25):
19. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, 20. antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing [1443]. 21. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 22. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.23. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dan kepunyaanNya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung 25. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Sunday, March 14, 2010

Niche Area

Niche area kepada orang islam yang masih luas untuk diterokai ialah mengeluarkan barang makanan berkeperluan harian yang suci lagi halal. Yang banyak orang Islam usahakan ialah produk kecantikan. Mengeluarkan makanan lebih awla kerana apabila kita makan makanan yang halal lagi baik, insyaAllah ia akan membentuk kita menjadi seorang manusia yang sihat dan cantik. Uruskan pemakanan kita akan dapat banyak kebaikan i.e kacantikan dan kasihatan. Fikir-fikirkan dan laksanakan menempatkan diri kita di dalam niche area ini. Ingat siapakah yang menyuapkan makanan ke mulut-mulut kita dan mulut-mulut anak-anak kita, halalkah, sucikah?

Hubungan Istikharah dengan Tauhid

Di dalam istikharah terkandung makna ketauhidan yang sangat agung. Dalam istikharah Rasulullah mengajar kita agar memutuskan perkara dengan selalu mengadu kepada Allah, bersungguh-sungguh memohon kepadaNya, berharap agar dengan ilmuNya Allah memberi kita hidayah kepada kebaikan dan kelurusan perkara tadi, dan dengan kehendakNya menjauhkan kita dari keburukan dan kesesatan.

Cara yang diajarkan oleh rasulullah ialah Istikharah dimulakan dengan solat supaya kita boleh berbicara dengan Allah dengan menyatakan bahawa hanya Allah yang berkuasa di atas segala sesuatu dan kita tidak mempunyai daya maupun kekuatan apa-apa. Oleh itu meminta apa yang terbaik untuk kita. Nyatakan rasa kehambaan kita sepenuhnya dan kita memohon sesuatu yang terbaik kepadaNya dengan ketinggian ilmu yang dimilikiNya. Inilah bentuk ketauhidan yang berhubungkait dengan istikharah.

Membiasakan diri beristikharah dapat mendidik jiwa kita untuk yakin bahawa hanya Allah yang akan memberi kepada orang yang meminta kepadaNya, yang akan menjawab orang-orang yang menyeruNya, memberi pertolongan kepada orang yang meminta kepadaNya, memberi perlindungan kepada orang-orang yang meminta perlindungan kepadaNya.

Tidak ada seberat biji sawipun yang terdapat di bumi mahupun di langit, yang lebih kecil maupun yang lebih besar daripada itu melainkan telah tertulis di dalam kitab Lauh Mahfuz.

Bersambung...

Friday, March 12, 2010

Istikharah


Secara bahasa, istikharah artinya meminta kebaikan secara mutlak tanpa adanya batasan tertentu.

Mintalah dipilihkan yang terbaik kepada Allah, nescaya Dia memilihkan yang terbaik untukmu. Allah akan memilihkan yang terbaik bagi hambaNya bila dia memohon kepadaNya untuk dipilihkan.

Secara syar'i, istikharah ertinya meminta kebaikan kepada Allah Ta'ala dalam urusan yang dibolehkan oleh Allah untuk dilaklukan oleh hambaNya dengan tatacara yang dicontohkan oleh Rasulullah.

Ia merupakan anugerah yang agung oleh Allah yang disyariatkan melalui lisan nabi Muhammad, sebagai ganti dari cara-cara kebanyakan orang Islam pada zaman jahiliyah dan sekarang.

Bersambung...

Friday, March 5, 2010

AlWasiatulAshara (10 wasiat)

Terdapat sepuluh wasiat yang ditinggalkan oleh As-Syahid Hasan al-Banna (Tulisan ini adalah terutama buat diri saya sendiri yang selalu lupa):


1- Segeralah tunaikan solat
2- Baca Al-Quran
3- Berusahalah bercakap di dalam Bahasa Arab
4- Jangan banyakkan perdebatan
5- Janganlah banyak ketawa
6- Saudara jangan bergurau
7- Jangan mengangkat suaramu lebih daripada apa yang diperlukan oleh pendengar.
8- Saudara jangan mengumpat.
9- Berkenalan dengan orang yang saudara temui.
10- Kewajipan lebih banyak dari waktu.

Thursday, March 4, 2010

Luar Biasa...

Walaupun chatting ini mengambil masa yang singkat namum banyak pengajaran yang saya boleh perolehi. Fekah, ibadah, syariah dan lain-lain sebagainya. Walau apapun "y" itu adalah saya, insan yang lemah yang sentiasa cuba mencari keredhaan Allah. Saya mohon Allah beri saya petunjuk walau dalam keadaan apapun, senang ataupun susah. Serta Allah beri juga saya kefahaman dalam ilmu agama. Amin.

x: salam
y: Salam
x: wsalam.
x: ana dah emel ke gmail dan yahoo
y: jazakillah
x: dah buka ke?
y: belum...ni nak buka
x: ok, buka dulu. kalau ada masalah, beritau ana
y: Alhamdulillah dapat dah
x: alhamdulillah. tolong isi ya.
y: InsyaAllah. Due date bila
x: as soon as possible.
Bila y boleh submit?
y: Ana cubalah malamni...kalau siap ana emel semula, insyaAllah. x dah nak tidurke?
x: . x belum tentu tidur. Nak prepare esok.
y: Oh ok. Chat sekejap boleh?
x: boleh. tak da masalah
y: Nak tukar professionke?
x: bukan nak jadi lawyer. Nak interview lawyer tu sejauhmana enakmen undang2 keluarga islam di malaysia praktikal dgn zaman
y: oh ingat nak interview jadi lawyer
x: insyaAllah jadi ....
y: Alhamdulillah, ada peningkatan dari segi kerjaya.
x: Solat istikharah untuk membuat pilihan yg terbaik untuk kita. kerana kelirulah kita kena solat.
y: jadi sekarang ana ada dua pilihanke? itu yang keliru...
x: kalau anti nak solat serentak untuk kedua2nya pun boleh. nak solat satu persatu pun boleh. Kalau nak tangguh solat dulu pun boleh.
x: solat istikharah tidak boleh dilakukan ketika hati tak pasrah 100% kpd Allah
x: Ana keliru...ana keliru jalan cerita
y: oklah...insyaAllah ana isi borang tu dulu. Ana buat semua kerana mencari keredhaan Allah.
x: Buat masa ini, pasrahlah hati anti sepenuhnya kepada Allah. Allah akan beri yang terbaik untuk anti.
y: Betul...kekeliruan itupun dari Allah..mungkin Allah bagi ana keliru supaya ana berfikir
x: kekeliruan datang dari syaitan. Allah tak pernah beri kita keliru
y: Astaghafirullahal azim...
x: syaitan tak suka kita cari redha Allah. Dia akan ganggu dari mana2 yg kita tak sangka2 pun.
y: Sebab itu ana ajak akak chat..nak rungkaikan kekeliruan
x: mdh2an Allah rahmati chat ni.
y: Amin....
x: ok, anti ambil wudhuk dan isi borang tu dulu.
y: Ana belum boleh solat lagi...
x: ambil wudhuk tak mesti untuk solat
y: MasyaAllah
x: sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah taala. Itu niat wudhuk kita kan?
y: Ok insyaAllah ana pi ambik wuduk isi borang dan emelkan semula.
x: Ye. Semoga Allah rahmati dan berkati anti
y: Amin...
y: Allah rahmati anti juga
x is typing a message.
x: kita tangguh sementara ya. Salam.
y: Salam

Monday, March 1, 2010

Rehlah (2): Kalumpang Resort

Adik Nor Izwah dari UM.

Ukhuwah di atas ikatan iman tidak terkesan dengan waktu ataupun suasana. Walaupun taaruf dalam waktu yang singkat dan dalam suasana apapun ianya tetap menghasilkan ikatan persudaraan yang sejati.
Ukhuwah adalah roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang beriman apabila ia kehendaki agar mereka dekat dan bersatu. Rahsia-rahsia ini lahir daripada hati-hati mereka bila diizinkan Allah seperti firman Allah yang bermaksud dalam surah Al-Anfal:63:
“Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Ukhuwah merupakan nikmat suci yang menyinari hati yang diredhai Allah dan diiringi dengan keimanan. Nikmat ini akan kita rasai jika kita benar bersahabat secara ikhlas dan dilandasi dengan keimanan.
Perasaan ini tidak boleh nak gambar dengan kata-kata, cuma orang biasa merasai akan tahu nikmatnya. Walaupun kita berjumpa pertama kali, tidak memerlukan pengenalan atau pendahuluan kerana jiwa dan hati, dalam beberapa saat sahaja boleh dipenuhi dengan perasaan ukhuwah. Jaringan rahsia ini seakan-akan menguasai hati orang mukmin yang tidak pernah berkenalan sebelumnya, ikatan ukhuwah fillah ini amat hebat, ia amat memberi kesan yang mendalam.