Wednesday, May 4, 2011

BETULKAN YANG BIASA DAN BIASAKAN YANG BETUL

Saya baru sahaja habis mendengar taklimat bengkel PBS dari Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah. Antara nasihat yang diberikan ialah "Betulkan yang biasa dan biasakan yang betul". Saya sangat setuju dengan ucapan beliau. Cuma dalam menghadapi realiti sebenar, apabila sesuatu perkara itu telah menjadi budaya dalam kehidupan ianya sukar diperbetulkan walaupun ianya ketara ada silapnya. Membetulkan perkara yang silap yang telah menjadi budaya dalam kehidupan sesebuah masyarakat lebih memerlukan satu kekuatan jihad yang tinggi, strategi yang rapi, kebijaksanaan serta kesabaran yang sangat tinggi. Lebih-lebih lagi sesuatu perkara itu yang menyentuh sensitiviti sesebuah masyarakat. Bertapa sukarnya para pendakwah yang datang ke Tanah Melayu untuk membudayakan cara hidup Islam di dalam masyarakat pada ketika itu kerana mereka mempunyai pegangan yang turun temurun dari nenek moyang mereka. Apatah lagi di zaman Rasulullah SAW dahulu, bagaimana baginda menghadapi golongan tegar yang bukan sahaja menolak Islam malah apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya terus sahaja ditentang tanpa berfikir terlebih dahulu baik buruknya. Dari sejarah yang lalu kita seharusnya lebih berhati-hati dalam membina arus perubahan kerana risiko yang bakal di lalui adalah sangat tinggi.

BERTINDAKLAH DENGAN BIJAK DAN BERSABARLAH DI ATAS SEGALA KESUKARAN YANG MESTI DIHADAPI MELAKSANAKAN SEBARANG PERUBAHAN.