Monday, May 30, 2011

Mari bersedia...


Suatu hari Rasulullah SAW melalui dua buah kubur dan Rasulullah memberitahu sahabat kenapa dua penghuni kubur itu diseksa. Seorang itu diseksa kerana sangat suka menabur fitnah dan menyebabkan berlakunya pergaduhan akibat perbuatan jahat memfitnahnya itu dan yang seorang lagi itu diseksa kerana tidak membasuh najis selepas membuang air kecil. Lalu Rasulullah meminta pelepah tamar yang lembab dan membelah dua pelepah itu dan mencucukkan dua pelepah itu di atas dua kubur itu dan berkata bahawa dua penghuni kubur tersebut tidak akan diseksa selagi pelepah tamar itu belum kering.

Dua perkara ini telah Rasulullh khabarkan. Ia merupakan tip bagi kita supaya menghindarkan dua perkara ini agar jauh kita dari seksa kubur yang sangat dahsyat itu. Semoga Allah jauhkan saya dari kedua-dua sifat ini, Amin.