Monday, May 2, 2011

SAHABATKU BUKU...


Antara buku yang menjadi pilihan saya pada PESTA BUKU PWTC 2011, moga bermanfaat untuk diri saya dan sesiapa yang sudi singgah berkongsi ilmu di blog SENTUHANRASA HATI ini.

PRAKATA
Selain daripada mencari rezeki, salah satu tujuan kita bekerja adalah untuk memberi khidmat kepada organisasi. Selain itu kita juga perlu menilai dan mengenalpasti kelemahan-kelemahan untuk dijadikan panduan dan teladan bagi memberi perkhidmatan yang terbaik. Allah menetapkan bahawa antara pelbagai makhluk yang dijadikan, hanya manusialah yang paling sempurna. Manusia juga dilantik sebagai khalifahnya di bumi ini. Selepas kita melaksanakan tugasan yang diberikan, kita beserah sahaja kepada Allah untuk menilai baik dan buruknya. Setiap perkara yang dibuat itu, sudah tentu akan ada ganjarannya sama ada ganjaran sementara seperti upah, kepuasan diri, penghormatan atau ganjaran kekal seperti balasan nikmat akhirat. Kesemua bentuk ganjaran itu sentiasa melingkari pemikiran kita yang tidak terbatas ini sehingga kita lupa apakah tujuan sebenar kita menjalankan sesuatu tugas itu. Orang lain tidak tahu apa sebenar yang ada dalam pemikiran kita semasa membuat sesuatu melainkan kita sahaja yang boleh memikirkannnya secara diam-diam. Apa salahnya sekali-sekala kita bertanya diri sendiri "Where did I go wrong". Seorang yang memandu kereta perlu melihat cermin atas atau tepi bagi melihat apa yang ada di belakang. Dengan melihat apa yang ada di belakang itu, dapat juga sedikit sebanyak dibuat penilaian sendiri sama ada kita telah memandu dengan betul ataupun telah tersimpang jauh selama ini........PENERBIT