Thursday, November 27, 2008

Lupakan Dua Perkara dan Ingat Dua Perkara...Pesanan Luqman Al-hakim











Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya bahawa kita perlu melupakan dua perkara tetapi perlu mengingat dua perkara...apakah yang dimaksudkan oleh Luqman Al-Hakim itu...

Dua perkara yang perlu dilupakan ialah:
1-Kebaikan yang pernah kita lakukan terhadap orang lain
2-Kejahatan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita
Dua perkara yang perlu sentiasa ingat ialah:
1-Ingatlah Allah SWT
2-Ingatlah akhirat negeri yang kekal abadi.
....................................................
Petang tadi aku ke rumah Shirine untuk menziarahi sahabat yang telah lama aku kenali ini...aku sedikit terharu apabila di dalam perjalanan aku ke sana tiba-tiba aku terdengar tazkirah dari radio Pahang Fm...Apabila kita berpergian untuk menziarahi sahabat kita, sepanjang perjalanan kita ke sana sehingga kita kembali semula ke rumah kita, seolah-olah kita memetik buah-buahan di taman-taman syurga selama berpergian itu...alangkah indahnya ganjaran yang kita terima sekiranya kita menziarahi sahabat kita dengan disertai niat yang ikhlas. Selama berada bersama sahabat kita itu khabarkanlah berita yang menggembirakan, elakkan berkata-kata perkara yang keji kerana bayangkan sahaja kita sedang memetik buahan yang lazat disyurga...apakah yang lebih baik dari ganjaran tersebut...SUBHANALLAH.