Friday, November 28, 2008

Mengingat Nama dengan Kaedah DG48

TAJUK:
CARA MUDAH MENGINGAT NAMA PELAJAR DENGAN MENGGUNAKAN K
AEDAH “DG48”

ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk mencari satu cara mudah bagaimana seorang guru boleh mengingat nama-nama pelajar dengan cepat. Ramai guru mempunyai masalah yang besar untuk mengingat nama-nama pelajar dalam masa yang singkat. Apabila seorang guru itu sukar untuk mengingat nama pelajar-pelajarnya maka sukar bagi mereka untuk mewujudkan serta membina hubungan yang baik dan lancar dengan pelajar-pelajar mereka. Secara tidak langsung kegagalan membina hubungan baik ini boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar. Malalui kajian yang telah dijalankan didapati guru berasa lebih yakin, seronok dan selesa sekiranya mereka dapat mengingat nama-nama pelajar di dalam kelas mereka kerana ini dapat membantu meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perhubungan yang baik di antara guru dan pelajar dapat menambahkan motivasi kepada para pelajar untuk belajar dan memahami isi pelajaran. Hasil temu bual dengan guru-guru yang terlibat, mereka mendapati kaedah DG48 ini sangat mudah untuk digunakan dan guru-guru tersebut dapat mengingat nama-nama pelajar dalam masa yang singkat dan ada pula guru yang dapat mengingat kesemua nama-nama pelajar mereka di dalam masa dua hari sahaja berbanding satu hingga tiga bulan sebelum ini.