Saturday, December 13, 2008

10 Zulhijjah 1429

Alhamdulillah sedapnya sup daging qurban. Sup ini mudah sahaja untuk di sediakan.

Baca Bismillah...dan potong besar-besar bentuk kiub. Seterusnya bersihkan daging qurban sebanyak yang diberikan kepada kita.

Gaulkan dengan tepung gandum dan asam gelugor untuk membuang lemak-lemak yang masih terlekat pada daging. Bilas semula dengan air beberapa kali sambil berselawat sebanyak mungkin.

Masukan daging ke dalam periuk, tambahkan air melebihi paras daging dan rebus sehingga empuk/lembut. Semasa merebus masukkan garam dan beberapa keping asam gelugor.

Sekiranya daging belum empuk dan air telahpun kering, tambahkan lagi air dan teruskan merebus.

Setelah empuk, masukkan sup bunjut, garam, gula dan bawang merah dan putih yang telah diblend ke dalam air rebusan dan teruskan merebus untuk beberapa ketika supaya rasa dari sup bunjut, garam, gula dan bawang tadi menjadi mesra dan enak untuk dimakan,


SELAMAT MENCUBA...