Monday, December 22, 2008

PENGKID




Agama di dalam bahasa sanskrit bermaksud "tidak kacau", hidup beragama bermaksud hidup yang tidak kacau. Jadi marilah kita sama-sama kembali kepada agama kita iaitu Islam kerana apabila kita hidup di bawah naungan Islam, hidup tidak akan kacau kerana di dalamnya terkandung peraturan hidup yang bersesuaian dengan fitrah seorang manusia. Islam itu adalah fitrah. Dari setiap sudut kehidupan ada perturan yang telah ditetapkan oleh Islam. Semuanya adalah beradasarkan fitrah supaya ianya tidak membebankan manusia. Boleh dituruti dan dihayati oleh manusia.


Persoalannya di sini kenapa apabila sudah ada peraturan yang telah ditetapkan, manusia memilih sesuatu yang bertentangan dengan yang fitrah. Mengapa manusia yang sudah dijadikan sebagai seorang wanita memilih untuk menjadi "pengkid". Adakah wujud ketenangan apabila manusia bertindak melawan kejadian semulajadinya. Allah sudah menjadikan manusia itu berpasang-pasangan; lelaki dan wanita. Perasaan cinta dan kasih sayang seorang wanita kepada seorang lelaki boleh dimatrikan di dalam ikatan perkahwinan tetapi apabila perasaan yang sama itu wujud antara wanita dan wanita atau lelaki dan lelaki maka ia sudah jauh menyimpang dari fitrah seorang manusia, hendaklah ianya dijauhi.


Kasih sayang sesama wanita atau sesama lelaki sepatutnya berlaku di dalam keadaan fitrah yang berbeza dengan perasaan yang telah dibincangkan di datas tadi. Kita sayang, kita cinta kepada sahabat-sahabat kita tetapi di dalam bentuk yang berbeza, kita seharusnya menjaga perasaan itu daripada disalurkan secara menyongsang atau menyimpang. Sayangilah sahabat-sahabat kita itu kerana Allah. Manisnya berkasih sayang kerana Allah.