Friday, December 12, 2008

Memenuhi masa dengan berbakti kepada tanah...





Selain melancong, berkebun juga merupakan satu aktiviti yang boleh membuatkan kita teruja...bayangkan sahaja usaha dan penat lelah kita berbakti kepada alam dibalas dengan hasil tuaian. Apabila kita berkebun banyak perkara yang dapat dihayati. Dengan berkebun kita boleh menjana ekonomi, kesihatan, hubungan sosial, sains dan teknologi pertanian dan banyak lagi.
Tetapi yang lebih penting dari itu ialah dengan berkebun kita dapat mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta. Kita hanya mampu berusaha membersihkan tanah, menanam, menyiram, membaja tetapi siapakah yang lebih berkuasa menghidupkan tumbuh-tumbuhan di mukabumi ini? Allahlah yang menjadikan setiap sesuatu yang melata di atas mukabumi ini...bagi kita yang mahu berfikir tentang Keagungan Allah ini maka dengan aktiviti berkebun ini akhirnya dapatlah kita mendekatkan diri dengan Allah. Walau bagaimanapun terdapat adab-adab yang harus dipatuhi sewaktu kita berurusan dengan aktiviti berkebun, barulah amalan berbudi kepada tanah ini menjadi satu amalan yang sangat mulia di sisi Allah. Sebaliknya jika mereka hanya mampu menerokai tanah-tanah dengan tangan yang rakus semata-mata untuk membuat keuntungan material, lihat sahaja tanda-tanda yang telah Allah perlihatkan.
SELAMAT BERBAKTI KEPADA ALAM DENGAN MELAKSANAKAN AKTIVITI BERKEBUN