Wednesday, August 20, 2008

Indahnya Cinta



Indahnya Cinta...belum sempat dibaca sepenuhnya buku ini dengan penuh tumpuan kerana kesempitan waktu...benarlah sebagaimana sabda Rasulullah SAW bahawa 2 perkara yang sangat patut dihargai ialah waktu lapang sebelum datangnya waktu sempit dan nikmat kesihatan sebelum datangnya waktu sakit. Semoga Allah sentiasa melapangkan waktu untuk aku melakukan pembacaan dan semoga beroleh ilmu pengetahuan yang amat berguna dari pembacaan tersebut...Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Walau bagaimanapun aku dapat membuat skimming dan scanning dan mendapati perkara berikut tentang persaudaraan...Sebab-sebab Terjalinnya Persaudaraan:

  • Mengucap salam dan memberi senyum
  • Mendoakan saudara kita dari kejauhan tanpa pengetahuan orang yang didoakan
  • Mengunjungi saudara kerana Allah
  • Silaturrahim (menjalin hubungan kekeluargaan)
  • Mengingati mati-merupakan penyebab lembutnya hati
  • Memberi maaf

Semoga aku sentiasa dikurniakan hati yang lembut basah mencintai saudara-saudaraku kerana Allah. Cinta yang tiada bertepian adalah cinta kerana Allah.

No comments: