Tuesday, August 5, 2008

Menghargai saat bersama...

Kadang-kadang apa yang ada di hadapan mata kita langsung tidak dihargai...kita lebih nampak kebaikan yang jauh daripada kita. Sedangkan yang jauh itu hanyalah sebuah fatamorgana yang mana tidak wujud langsung seperti yang kita sangkakan. Sebenarnya apa yang ada di hadapan kita itulah anugerah sebenar yang Allah nak beri pada kita. Itulah yang sebenarnya terbaik buat kita, tetapi kerana penilaian kita lebih berdasarkan nafsu-nafsi maka yang terbaik itu kelihatan seperti batu di antara permata. Cuba menghargai sesutu yang hampir dengan kita itu seringkali amat sukar bagi kita melakukannya. Ada sahaja penghalang untuk kita berbuat demikian. Hanya pada satu ketika ia sudah menjauhi kita baharulah terasa akan kehilangannya...barulah kita merasakan yang hilang itulah permata di antara kaca...

No comments: