Thursday, August 7, 2008

Mendidik Hati

Di dalam jasadku ini ada seketul daging, apabila baik daging itu maka baiklah keseluruhan jasadku. Maka sebaliknya jika tidak baik daging tersebut maka tidak baiklah pula seluruh jasadku.
Itulah sekeping hati yang memainkan peranan yang sangat penting di dalam diri seorang yang bernama manusia seperti aku. Hati ini bagaikan sebuah kereta, mempunyai pelbagai warna, ada yang putih, ada hijau, ada merah, ada kuning, ada biru dan sebagainya. Diwarnai mengikut kecenderungan pemiliknya. Jika dimiliki oleh tuan yang rajin maka seringlah kereta ini dibersihkan, di belai dan touch up dengan aksessori yang cantik dan mahal. Sebaliknya jika ia dimiliki oleh tuan yang malas, tidak punyai perasaan kasih dan sayang kepadanya, sebulanpun belum tentu dibersihkan apa lagi untuk dibelai dan ditouch up.
Untuk kelihatan cantik, berkilat serta kemas, kereta ini hendaklah selalu dibersihkan. Begitu juga dengan hati kita, perlu sentiasa dijaga, dibersihkan, semoga ia akan menjadi sekeping hati yang bersih, tulus ikhlas, beriman dan bertaqwa kepadaNya.

No comments: