Tuesday, September 2, 2008

Caring Makes You A Better Person And The World A Better Place










Al-Quran memberi penekanan kepada umat Islam supaya memperhebatkan dana amal jariah kerana nyata dana itu memberi kelebihan kepada umat Islam. Dalam al-Quran Allah membandingkan bahawa orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai. Setiap tangkai pula menerbitkan lagi seratus biji. (Al-Baqarah: 261)
Ketika mengulas lebih lanjut pengertian amal jariah atau sedekah, Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda “setiap anggota manusia harus bersedekah setiap hari, mendamaikan orang bersengketa adalah sedekah, menolong seseorang mengangkat barang ke dalam kenderaan adalah sedekah, kata-kata manis adalah sedekah, setiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah dan menjauhkan bahaya yang mengganggu lalu lintas adalah sedekah. (Riwayat : Bukhari dan Muslim)