Thursday, September 18, 2008

Saya ada Tuhan dan nabi Isa aje cik gu...

Gambar ini aku ambil semasa Language Camp baru-baru ini...menggambarkan kemesraan antara dua sahabat yang ada kaitan sedikit sebanyak dengan tulisan aku di bawah.

Pagi ini aku disapa dengan mesra oleh seorang pelajar India perempuan "Good morning teacher, how are you", aku membalas sapaannya dengan penuh kasih sayang..."I'm fine, thank you and how are you?"..."I'm not ok teacher..." aku sedikit hairan apa yang membuat dia rasa tak ok..so I was like a solicitor with her client, keep on asking why? and why?...Rupanya dia tak ok sebab semua orang tak mahu berkawan dengannya. My advice was, "Find one is enough but she must be a very good one"...she answered me..."Tak payahlah teacher...saya ada Tuhan dan nabi Isa dah cukup...saya benci semua orang..." Rupanya dia penganut agama kristian...cuma aku sempat menjelaskan kepadanya bahawa hubungan dengan Tuhan dan nabi adalah sesuatu yang sangat mulia tetapi kita tidak boleh membenci sesama manusia, kerana Tuhan menjadikan manusia itu untuk saling kenal mengenal, berkasih sayang dan membina hubungan yang baik antara satu sama lain, kalau dalam istilah Islam Hablunminallah dan Hablunminannas...hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia yang perlu dihayati supaya hidup kita menjadi seimbang, bagaimana kita boleh disayangi oleh Tuhan kalau premis atau falsafah hidup kita membenci orang lain sedangkan Tuhan sendiri menyuruh kita saling mengenali, memahami, berkasih sayang....selesai menerangkan itu dia berkata lagi kepada aku "Nabi Isapun Islamkan teacher?"...aku terkesima sebenarnya dengan pertanyaan itu tetapi aku cuba menerangkan kepadanya dalam bahasa yang paling mudah supaya dia tidak keliru..."Betul Salasmerry, tetapi Nabi Isa adalah nabi yang dipilih Allah sebelum nabi Muhammad, apabila Nabi Isa sudah menyelesaikan tanggungjawabnya yang diamanahkan oleh Allah pada zamannya, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit dan Nabi Muhammad pula diangkat menjadi Rasul bersesuaian dengan zamannya pula dan Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi selainnya sehingga hari kiamat...ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad adalah melengkapkan semua ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi lain yang sebelumnya dan ajaran tersebut bersesuaian diguna pakai hingga sekarang dan sehingga hari kiamat. Segala peraturan hidup ada ditulis lengkap di dalam Al-Quran. Kesimpulannya...Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dia Maha Tahu mengapa Dia turunkan Nabi Muhammad dan mengangkat Nabi Isa...kita manusia ini mengapa tidak mengikut apa yang telah disuruh oleh Tuhan....??? Salasmerry mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham...Salasmerrypun meminta diri dan kamipun berlalu, aku ke staffroom dan Salasmerry mungkin balik ke kelasnya kerana tadi kami berjumpa di koridor Pusat Sumber Sekolah...Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Salasmerry... Ameen.