Wednesday, September 24, 2008

Survival...and the Tree of Life

Ini adalah gambar pokok kelapa yang aku tanam di luar pagar rumahku...This is the first time it bears fruit. Coconut tree is considered as The Tree of Life in Philippines as this tree is
known to have many uses, from its roots to tips (leaves), from culinary to non-culinary.


Setiap kali nak keluar rumah pokok kelapa ini mesti mencuri tumpuan sebab bunganya banyak, segar kekuning-kuningan dan kerap pula muncul di celah-celah dahan kelapa tetapi inilah satu-satunya buah yang terus membesar. Dah ramai orang yang aku tanyakan kenapa jadi begitu??? Ini adalah diantara jawapan dan solution yang diberikan:
  • Kurang baja...tabur garam keliling pokok...aku dah tabur beberapa kampit garam.
  • Banyak serangga yang makan bunga...kena sembur racun...aku dah berkali-kali sembur racun organik dan ada beberapa kali racun kimia.
  • Tanah tak subur...kena letak tanah hitam...aku dah tabur beberapa kampit tanah hitam
  • kurang baja...masukkan garam di celah-celah dahan...aku dah masukkan garam di celah-celah dahan

Semua suggestions aku dah lakukan cuma ada satu jawapan yang sungguh menyentuh hati aku yang sentiasa tak berpuas hati ini...Pada suatu petang ada seorang penjual minuman susu kultur datang ke pagar rumahku dan sambil aku membeli minuman tersebut dia sempat menegur pokok kelapa aku itu...aku mengambil peluang bertanyakan perkara yang sama. Dia mengatakan kepada aku bahawa aku beruntung kerana masih ada buah yang survive kerana katanya pokok kelapanya yang menghasilkan buah buat kali pertama langsung tak ada satupun yang survive...kini barulah aku sedar bahawa benarlah seperti yang digelarkan oleh orang Filipina pokok kelapa ada lah pokok kehidupan...pokok yang memberikan banyak kegunaan. Walaupun aku mungkin tak dapat mengutip banyak hasilnya pada kali pertama ia mengeluarkan buah, tetapi pokok kelapa ini telah memberikan aku sebuah pengajaran...Learn the meaning of survival...The lesson that I have learned from the tree of life. So, sekarang setiap kali aku keluar dari rumah seperti ketika aku hendak keluar ke tempat kerja, pokok kelapa tersebut terus mencuri perhatianku tetapi kini perhatianku adalah perhatian yang positif...aku belajar walaupun dari sebiji buah kelapa...SUBHANALLAH for Allah is The Greatest and ALHAMDULILLAH for Allah has shown me the precious lesson that I cannot learn from the book. Terima kasih juga kepada penjual susu kultur, bukan saja aku dapat susu kultur aku juga mendapat peringatan yang baik darinya.