Thursday, October 23, 2008

Berita Syurga dan Neraka (1)











Gambar laman yang terdapat di UiTM, Seksyen 17, Shah Alam....Berita paling menggembirakan bagi orang beriman ialah tentang syurga. Sebaliknya berita yang paling menakutkan dan ingin dijauhi ialah neraka. Bagi mereka yang tidak beriman dengan hari pembalasan di akhirat kegembiraan hidupnya hanya terletak pada kekayaan dan kuasa. Hal yang paling dibenci dan amat menggerunkannya ialah kematian. Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah saw bersabda: "Setelah Allah swt menciptakan syurga dan neraka, Allah mengutus Jibril as ke syurga dengan berfirman: "Pergilah lihat syurga dan semua kelengkapannya yang di sediakan bagi orang-orang yang akan memasukinya." Jibril as pergi dengan melihat syurga dengan semua kelengkapannya lalu kembali kepada Allah swt dan berkata: "Demi kemuliaanMu, sesiapa sahaja yang mendengar tentang syurga akan masuk syurga." Kemudian Allah swt perintahkan akan syurga itu dilingkari dengan hal-hal yang dibenci oleh manusia. Lalu Jibril as diperintahkan melihatnya kembali. Setelah melihat akan segala yang melingkari syurga itu, Jibril as kembali kepada Allah swt dan berkata: "Demi kemuliaanMu, aku khuatir tidak seorangpun manusia yang dapat memasuki syurga itu."...Bersambung.