Sunday, October 12, 2008

Bersamamu Bernam Jaya...Syawal 1429H

Gambar kumpulan ziarah rumah ke rumah sambil berselawat sempena Eidulfitri 1429H, semoga ukhuwah penduduk Bernam Jaya terus kukuh dan mantap.

Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati (Nama)Mu, hati yang segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami Deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat daripada mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami meminta jasa orang lain, berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung RahmatMu kapada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama dengan kami. Janganlah Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah). Ameen, Ameen Ya Rabbal Alameen.