Sunday, October 19, 2008

Biar betul...betul-betul...

Billboard gambar Perdana Menteri Malaysia pertama hingga ke lima-diambil di Jalan Tun Ismail, KL.

Alhamdulillah, Allah telah pilih kita duduk dalam islam. Itulah nikmat terbesar yang Allah telah kurniakan kepada kita. Nilai nikmat iman tidak ada bandingannya. Kita sudah berada di jalan yang betul maka aku mengajak diriku dan seluruh saudara seiman denganku supaya melakukan semua kerja islam ini betul-betul. Tidak ada gunanya jika kita berada di atas jalan yang betul tetapi tidak menghayatinya dengan betul-betul. Janganlah kita mengambil yang kita suka sahaja mengikut selera nafsu kita. Tidak wujud istilah main-main di atas jalan ini. Hatta apabila bermainpun kita perlu bermain betul-betul. Tidak timbul bermain main-main. Ada segolongan manusia tidak berada di atas jalan yang betul tetapi mereka melakukan sesuatu dengan betul-betul. Mereka berniaga betul-betul, penuh strategi, penuh daya usaha, menjaga pelanggan dengan betul-betul walaupun mereka tidak betul. Yang terbaik di sisi Allah ialah kita berada di jalan yang betul dan melakukannya betul-betul (bersungguh-sungguh) walaupun dihujung usaha gigih kita itu kita serahkan kepada Allah akan natijahnya. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menetapkan kita sentiasa di atas jalan yang betul dan kita melaluinya dengan betul-betul, Ameen YaRabbal alameen.