Thursday, October 23, 2008

Berita Syurga dan Neraka...(sambungan)












Gambar Tasik Putrajaya, gambar bulan dan gambar salah sebuah bagunan di Pulau Wan Man...


.....Kemudian Jibril as diutus Allah swt untuk melihat neraka dengan berkata: "Pergilah lihat neraka dengan segala kelengkapan yang terdapat di dalamnya yang disediakan bagi orang-orang yang akan masuk neraka itu" Didapatinya neraka itu berderam-deram. Lalu dia kembali kepada Allah swt dan berkata: "Demi Kebesaran dan KemuliaanMu, tidak siapapun yang mendengar tentang neraka akan masuk neraka itu" Lalu Allah memerintahkan agar neraka dilingkari dengan hal-hal yang menarik hati manusia. Kemudian Allah swt berkata kepada Jibril as: "Pergilah melihat neraka dan segala yang ada di sekelilingnya" Jibril as pergi melihat neraka dan sekitarnya lalu kembali kepada Allah swt dan berkata: "Aku khuatir tidak seorang manusiapun yang terlepas dari neraka itu"....(Hadis Riwayat Termizi).



Bila dikatakan bahawa syurga dilingkari oleh hal-hal yang dibenci manusia bererti syarat untuk masuk syurga amatlah berat. Seseorang mestilah beriman, beribadat, beramal soleh dan melakukan perbuatan berat seperti berjihad, bersedekah dan menolong sesama manusia dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Adapun neraka dilingkari oleh hal-hal yang disenangi manusia seperti melakukan kelalaian, berpoya-poya, membuat maksiat dan kezaliman.