Thursday, October 30, 2008

Life is a Test...


Gambar diambil semasa di dalam dewan peperiksaan...
Hidup ini adalah ujian...manusia tidak terlepas daripada menghadapi ujian. Apabila Allah datangkan ujian sebenarnya ada lima perkara yang Allah hendak berikan kepada hambaNya yang dikasihi itu:
1- Untuk membersihkan dan memilih mana orang yang mukmin sejati dan mana yang munafik.
2- Untuk mengangkat darjat dan menghapuskan dosa.
3- Untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaatan seorang hamba.
4- Untuk membentuk dan mendidik keperibadian manusia.
5- Sebagai latihan untuk menambah tahap kesabaran, kuat cita-cita dan tetap pendiriannya.
Hadith Rasulullah menjelaskan:
"Tidak ada satu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan petunjuk kepada hatinya"
Khalifah Umar bin Khattab ra berkata, sebaik-baik ucapan kemuliaan bagi orang yang ditimpa musibah adalah ucapan dalam Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka ialah orang-orang yang mendapat petunjuk" (Al-Baqarah: 156-157).