Thursday, October 30, 2008

PNSJ ke Melaka...












Cuti panjang perayaan Deepavali memberikan aku kesempatan berkunjung ke Melaka. Menginap di Port Dickson dan ke Melaka melalui Kuala Linggi (Non Highway Route) merupakan pengalaman baru bagi aku. Selama ini aku hanya melalui highway exit Air Keroh jika hendak ke Melaka. Seronok menikmati keindahan rumah-rumah tradisional Negeri Sembilan dan juga Melaka yang tidak dapat di temui di negeri-negeri lain. Perbezaan yang ketara ialah, masyarakat Melayu Melaka gemar menghias rumah mereka dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni di halaman mereka dan sepekara lagi ialah cat rumah mereka sungguh meriah sekali... (so colourful like rainbow). Rasanya semua rumah wajib menggunakan lebih dari satu warna...Kebanyakan pemilik rumah masih mengekalkan rumah yang asal. Sekiranya mereka membesarkan rumah dengan konkrit, rumah yang asal tetap dikekalkan. Salah satu cara mereka mengekalkan ciri-ciri budaya mereka.